Monday 2 November 2009

Kursus "Keys To Consultancy Success"


USIM mengorak langkah pertama di antara semua universiti dengan mengadakan Kursus "Keys To Consultancy Success". Kursus telah diadakan pada 2 Nov 2009 bertempat di Hotel Pan Pacific, KLIA. Kursus sehari ini bertujuan untuk memberi maklumat, pengetahuan dan kemahiran kepada perunding-perunding USIM yang telah mendaftar di bawah Biro Rundingan agar mereka dapat menggunakan kaedah perundingan secara profesional dan sekaligus membantu mereka dalam menjalankan aktiviti-aktiviti perundingan nanti.
Pengendalinya Prof Madya Dr Norsaadah Ismail, Pengarah Bahagian Hubungan Industri, Kementerian Pengajian Tinggi telah menyampaikan kursus dengan baik dan menarik yang diselangi beberapa cerita dan anekdot yang lucu.
Tajuk-tajuk yang dibincangkan antara lain "Where is my market and who are my customers", "Preparing proposal and pricing the service", "Negotiating the cost and contract", "Planning the work and doing the business" and "Evaluating the impact and process".
Mudah-mudah USIM akan terus maju melalui kerja-kerja perundingan pensyarahnya dan masyarakat mendapat manfaat yang sebesar-besarnya melalui perundingan.
Prof Dr Bahrom Sanugi, Pengarah Pusat Hubungan Industri dan Khidmat (PHIK) USIM telah menekankan betapa pentingnya kerja-kerja perundingan dilakukan secara berkumpulan dan melalui cara ini USIM dapat dikenali di masyarakat.
USIM telah menggerakkan bahagian perniagaannya dengan menubuhkan syarikat "USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd" bagi menanggani projek-projek perundingan yang diperolehi oleh pensyarah-pensyarah USIM. Melalui syarikat ini kerja-kerja penyelarasan projek dapat dijalankan.