Friday 23 November 2012

Mencari Peluang Dalam Kecelaruan

Dalam lawatan terbaru saya ke Bandung pada 19 hingga 28 Oktober 2012 membawa pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam program Kembara Insani, saya sempat memperuntukan satu hari untuk ke Jalan Palasari, Bandung untuk membeli buku yang diminati. Dulu sekitar tahun 1970 hingga 1976 kami selalu mengunjungi Jalan Kiaracondong, Bandung untuk tujuan yang sama. Buku-buku bekas agak murah harganya dan buku-buku Inggeris yang baru terbit di Barat sudah siap diterjemahkan ke Bahasa Indonesia.

Kiaracondong hanya tinggal kenangan dan kini saya tertumpu pula ke Jalan Palasari dengan deretan kedai yang panjang dan ada tiga jalur kedai yang menyediakan berbagai jenis buku-buku akademik dan non-akademik. Perkhidmatan terbaru penjual kini ialah apabila kita setuju membeli sesebuah buku mereka siap membalut kemas buku yang dibeli dengan plastic. Sehari suntuk kita boleh berada di sana. Jika kepenatan, ada warung-warung makanan yang sedia menjual makanan yang kita boleh pilih mengikut kegemaran kita. Biasanya saya memilih mee yamin dan minuman jus apokat. Nostalgia kembali ke alam perkuliahan di Institut Teknologi Bandung (ITB) sekitar tahun 70an. Jika sedikit bosan, kita boleh meminta bangku untuk duduk sambil melihat gadis-gadis comel Bandung yang lalu lalang.

Saya sempat membeli enam buah buku dan salah satu yang ingin saya kongsikan kandungannya ialah buku terjemahan bertajuk, “Exploiting Chaos” karya Jeremy Gutsche, tahun 2009. Buku setebal 278 halaman ini diterjemahkan oleh Sdr Sugianto Yusuf dan diterbitkan oleh PT Gramedia Pustaka Utama, Jakarta. Buku ini tidak begitu kemas penjilidannya dan mungkin saya terpaksa menjilidkannya semula supaya kemas. Buku yang mengkisahkan tentang inovasi ini sangat menarik minat saya.

Pada mukasurat tersendiri tertulis perkataan “Chaos” yang diterjemahkan sebagai “kekacauan” dan saya memilih untuk menyatakannya sebagai “kecelaruan”. Sebab utama saya memilih “kecelaruan” ialah kerana ianya banyak berkisar di sekitar minda. Kekacauan, pada saya sangat berbentuk fizikal, pada hal penghalang utama kemajuan diri kita ialah minda kita yang terkongkong dan bercelaru. Ada semacam ketidakstabilan dalam diri kita untuk keluar daripada pengaruh luaran dan berdiri sebagai manusia merdeka.

Ramai beranggapan jika berlaku kecelaruan segala-galanya akan musnah, tetapi sejarah telah mencatat bahwa Disney, CNN, MTV, Hyatt, Burger King, FedEx, Microsoft, Apple, Gillette, AT&T, Texas Instruments, 20th. Century Fox, IBM, Merck, Hershey’s, IHOP, Eli Lilly, Coors, Bristol-Myers, Sun, Amgen, The Jim Henson Company, LexisNexis, Autodesk, Adobe, Symantec, Electronics Arts, Fortune, GE, dan Hewlett-Packard, berjaya dan maju ketika ekonomi sedang gawat dan kecelaruan suasana sedang berlaku.

Buku ini dibahagi kepada lima (5) bahagian iaitu Sepotong Sejarah, Budaya Revolusi, Tend Hunting, Inovasi Adaptif dan Pesan Menular. Dalam Sepotong Sejarah, apa yang ingin diutarakan oleh pengarang ialah, “bukan spesies terkuat yang akan bertahan, atau pun yang paling cerdas, melainkan yang paling dapat menyesuaikan diri pada perubahan”. Selagi ikan yang berenang dalam air tidak mati, air laut yang mengelilingnya tidak dapat memasinkan ikan tersebut. Ini suatu gambaran betapa ikan dapat menyesuaikan dirinya dengan persekitaran. Selaku manusia kita perlu menyesuaikan diri dengan perubahan zaman, asalkan panduan jelas kita berpandukan Al-Quraan dan Al-Hadith dipegang dengan jelas, perubahan lain boleh diterima dan akan tetap bertahan. Semuanya itu memerlukan ilmu.

Dalam bab kedua yang bertajuk Budaya Revolusi, pengarang mengutarakan konsep keluar daripada “confort zone”, jangan merasa puas dengan apa yang ada dan selalu melakukan penambaikan dalam setiap aspek kehidupan dan halatuju. Saya menambah agar kita jangan ada sedikit pun rasa putus asa, berpegang teguhlah kepada “tali Allah”, tetapkan hubungan yang harmonis dengan Allah dengan memohon taufik dan hidayah kepadaNya. Pengarang mencadangkan agar para pencipta mengutamakan pelanggan, apa yang pelanggan hendak (customer needs), bukan apa yang pencipta itu suka. Sekali gagal bukan bermakna gagal selamanya, terus mencuba selagi masih bernafas.

Bab ke-3 yang menumpukan kepada “Trend Hunting” atau Memburu Tren (Kecenderungan) menggambarkan agar kita selalu melihat kitaran hidup sesebuah sistem. Jika kita mengetahui ilmu TRIZ (singkatan Bahasa Rusia) yang setara dalam Bahasa Inggeris ialah “Theory of Inventive Problem Solving (TIPS)” terdapat lima (5) kitaran kehidupan bagi setiap sistem, iaitu kelahiran (birth), transisi (transistion), pertumbuhan (growth), matang (matured), kematian (death). Ini dinamakan kurva-S (S-Curve), sama seperti dalam system Biologi. Ini berlaku kepada system kejuruteraan (fizikal) dan juga system bukan kejuruteraan (system social) dan sebagainya. Pada setiap fasa kitaran itu terdapat ciri-ciri baik dan ciri-ciri buruk bersamanya. Contohnya kita ambil kitaran hidup manusia, iaitu lahir, transisi, pertumbuhan, matang dan mati. Mereka yang masih hidup segar bugar selepas bersara pada umur 55 tahun mempunyai ciri-ciri kaya wang, kaya ilmu, matang fikiran tetapi kudrat lemah sedikit. Mengetahui atau mahami pada peringkat mana kita atau sesuatu system itu berada sangat penting dalam mengatur perubahan dan mengatur perpanjangan hayat sesuatu system, misalnya system “tua” dikahwinkan dengan system yang lebih “muda”. Sinergi ini akan menghasilkan output yang optimal.

Bahagian ke-4 pengarang mengutarakan mengenai konsep “Inovasi Adaptif” (Adaptive Innovation). Di sinilah kemahiran berinovasi diperlukan, kerjasama rakan sangat diperlukan untuk sama-sama memikirkan keperluan pelanggan melalui kajian keperluan pengguna dan sebagainya. Pelanggan memerlukan sesuatu dan pada masa yang tepat siapa yang dapat menyediakan apa yang diperlukan oleh pelanggan, dia akan menang. TRIZ dikemukakan bagi mendapatkan “systematic innovation” dalam waktu yang singkat kerana mempunyai Matriks Kontradiksi yang ampuh dengan cadangan penyelesaian inovatif yang tepat. Kita tidak perlu lagi menggunakan kaedah “cuba-jaya” kerana mungkin saja percubaan kita tidak berjaya untuk jangkamasa yang lama.

Terakhir, pengarang menyodorkan kita dengan bahagian “Pesan Menular” atau “Multiplying Effect”. Fasa ini sangat penting kerana apabila kita Berjaya, kesan yang terbit daripada kejayaan itu akan menyakinkan pengguna lain dan sekaligus memberikan kita motivasi dalaman yang sangat kuat.

Kesimpulan

Hasil daripada pembacaan buku ini dan pengalaman yang lepas, saya dapat menyatakan bahwa kecelaruan bukan tidak baik, namun ianya membuat kita berada pada zon yang tidak selesa kerana keadaan celaru itu. Apabila kita tidak selesa, fikiran kita akan terus bekerja untuk mencari penyelesaian. Ini samalah dengan Prinsip LeChatelier dalam ilmu Kimia, iaitu jika suatu system kimia mengalami suatu ketidakstabilan (inequlibrium) dalam kepekatan, suhu, isi padu atau tekanan separa, maka ketidakstabilan itu akan berubah sebagai tindakbalas sehinggalah kestabilan baru tercipta. Dalam pendidikan keadaan ini juga disebut sebagai homeostatis.

Fikiran terbuka, ketabahan dan keinginan untuk berjaya akan menjadi daya dorong yang sangat ampuh dalam membina jati diri yang kuat dan bebas. Manusia yang dapat berdiri atas pendapatnya sendiri bersandarkan kepada kebenaran hakiki (absolute truth) bukan disebabkan sesuatu ganjaran sehingga sanggup menjadi saksi palsu dengan memutar belitkan kebenaran. Menurutkan darjat manusia berakal kepada tahap “Pak Turut” semata-mata.

Kita sebenarnya mesti mengintai peluang-peluang yang baik dan bermanfaat di sebalik kecelaruan yang mungkin berlaku akibat daripada kurang pengetahuan. Kita mesti selalu bertanya apakah dasar terhadap sesuatu yang berlaku. Melalui suatu dialog yang jujur kita akan dapat melahirkan natijah yang sesuai dengan hati nurani manusia, alam dan sesuai dengan kehendak Yang Maha Pencipta, Allah.

Ismail Abdullah, Teras Jernang, 24 November 2012.


Friday 10 August 2012

Hidup Relaks dan Kreatif Walau Pun Berhutang

Pada mulanya tajuk seminar ini dinamakan “Hidup Tanpa Hutang”, namun pada zaman moden ini hidup tanpa hutang hampir mustahil terjadi jika kita memerlukan kenderaan dan rumah sendiri. Senario akan berbeza dan kita akan berupaya untuk hidup tanpa hutang jika kita berani untuk hidup dengan hanya menggunakan kereta dan rumah sewa, itu pun jika kereta dan rumah sewa ditambah dengan keperluan lain tidak melebihi gaji yang kita perolehi setiap bulan.

Penseminar tajuk di atas iaitu En. Mohammad Noorizzuddin Nooh dari Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia telah menukar tajuk perbincangan kepada “Hidup Relaks Walau Pun Berhutang”. Ini mengambilkira bahwa hampir sangat jarang orang sekarang tidak berhutang atau paling tidak berhutang menggunakan kad kredit. Zaman dulu mungkin menggunakan buku “555” untuk berhutang membeli sayur atau barangan keperluan harian di kedai-kedai yang berhampiran dengan rumah kediaman. Penggunaan buku “555” sekarang sudah diganti dengan penggunaan kad kredit atau di setengah tempat buku tersebut masih digunakan.

Ceramah beliau lebih kepada bagaimana untuk keluar daripada perangkap hutang apabila hutang sudah mulai membelit diri. Perkongsian pengalaman beliau cukup menarik untuk kita kongsi bersama. Hal ini menjadi relevan kerana makin tinggi hutang seseorang maka makin tinggi pula stress yang dialami. Pada prinsipnya hutang mesti segera diselesaikan walau pun sesetengah institusi kewangan atau perniagaan tidak begitu gemar kalau pelanggannya ingin membuat pembelian tunai kerana tiada tambahan caj yang boleh dikenakan kepada pelanggan tunai. Mereka lebih suka melayan pelanggan yang suka berhutang.

Pada pendapat saya sikap suka berhutang ini ada kaitan dengan gaya dan pegangan hidup seseorang. Orang yang suka hidup mewah dan berbelanja melebihi pendapatan akan segera terperangkap dengan hutang. Juga bagi mereka yang berpegangan hidup “biar papa asal bergaya” juga akan terbelit hutang. Satu lagi kategori manusia yang akan terjebak hutang ialah mereka yang tidak ambil kisah tentang harga, tidak membandingkan harga di beberapa tempat dan mencari yang termurah dan mampu bayar.

Pada dasarnya hutang akan banyak bergantung kepada prinsip hidup seseorang. Jika kita berprinsip tidak mahu berhutang, maka kita akan mencari segala cara untuk tidak berhutang. Misalnya mengumpulkan wang dulu sehingga cukup untuk membeli sesuatu atau menggunakan kerjasama antara beberapa kawan yang inginkan barangan yang sama melalui cara permainan kutu. Tapi kita mesti ingat bahwa permainan kutu tidak diizinkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kalau kegiatan itu dapat dikesan oleh BNM. Dalam hal rumah dan kereta mungkin agak sukar dan lama untuk mengumpulkan wang sehingga dapat membeli kedua-dua keperluan tersebut. Namun, apa pun keadaannya kita mestilah kreatif untuk menyelesaikan masalah tempat tinggal dan kenderaan.

Antara penyebab berlakunya hutang berat ialah kegiatan perjudian, terlibat dengan penyalahgunaan dadah, suka berjoli, suka berlagak dan tidak mahu didahului oleh rakan mahu pun jiran, suka berbelanja di luar kemampuan, dan prinsip “biar papa asal bergaya”. Mengenai tanda-tanda orang berhutang ialah membayar caj minima kad kredit, tidak mempunyai simpanan, berbelanja menggunakan kad kredit sehingga melebihi had yang dibenarkan, mempunyai banyak kad kredit berbanding tunai dalam dompet, mempunyai bil-bil tertunggak yang masih belum dibayar, gagal mendapat pinjaman bank, selalu mematikan telefon bimbit atau tidak menggunakan telefon bimbit langsung, hari ini terima gaji esok sudah kehabisan wang, malas bekerja, mengalami gangguan dan tekanan hidup, pemarah dan panas baran, dan jarang keluar rumah kerana mengelakkan along atau teman-teman lain.

Bagaimanakah cara untuk segera bebas dari hutang? Pertama berhenti membeli secara berhutang (beli tunai), tampalkan segala hutang yang anda ada dalam bilik supaya mudah dilihat setiap hari, struktur semula hutang anda, jangan pinjam untuk membayar hutang atau istilah biasa ialah gali lubang untuk tutup lubang, dan dapatkan bantuan bagi menyelesaikan hutang.

Dalam membeli rumah adalah dicadangkan agar kita hanya membeli rumah seharga dua setengah kali ganda dari gaji tahunan kita. Misalnya sebulan gaji kita RM3,000.00 maka harga rumah yang boleh dibeli ialah RM90,000.00 sahaja berdasarkan formula di atas. Jumlah hutang bulanan pula tidak boleh melebihi 36% daripada pendapatan kasar bulanan. Jadi dalam kes mereka yang bergaji RM3K, jumlah hutang yang dibenarkan ialah RM1,080.00 sahaja.

Gunakan kad kredit secara bijak. Jangan sekali-kali menggunakan kad kredit tanpa mengira pendapatan dan keupayaan membayar balik. Paling baik ialah membayar semua baki supaya tiada caj tambahan dikenakan kepada kita atau kalau tidak jangan membayar caj minimum tetapi bayar lebih daripada caj minimum agar cepat selesai membayar kad kredit.

Ada tujuh strategi bagi membebaskan diri dari hutang dalam masa 4 tahun atau kurang, semua strategi-strategi ini hanyalah cadangan, mungkin anda mempunyai strategi yang lebih baik.

  1. Strategi 1 : Jangan buat hutang lagi.
  2. Strategi 2 : Langsaikan hutang yang kadar interestnya paling tinggi.
  3. Strategi 3 : Buka dana khas yang dinamakan “Dana Full-Settlement” dan simpan wang secara berkala dalam dana ini untuk segera menyelesaikan hutang.
  4. Strategi 4 : Guna duit bonus untuk langsaikan hutang, jangan belanjakan untuk yang lain.
  5. Strategi 5 : Simpan duit kenaikan tahunan 100% ke dalam Dana Full-Settlement.
  6. Strategi 6 : Bila sudah habis hutang, simpan duit ansuran bulanan itu ke dalam “Dana Full-Settlement”.
  7. Strategi 7 : Bayar hutang secara otomatik secara “standing instruction” agar kita utamakan bagi menyelesaikan hutang.
Sebagai seorang Islam kita mesti ingat bahwa jika hutang tidak selesai segala amalan kita akan tergantung sehingga segala hutang diselesaikan sendiri atau oleh ahli waris sekiranya kita meninggal.

Itulah sedikit perkongsian yang dapat saya nyatakan. Memang berat membayar hutang walau pun sangat mudah mendapatkan hutang dari bank-bank atau orang persendirian yang mengenakan caj bayar balik yang tinggi. Berusahalah agar kita segera bebas hutang kerana orang yang tiada hutang ialah orang yang merdeka sepenuhya.

Ismail Abdullah, Teras Jernang, 11 Ogos 2012.


Wednesday 8 August 2012

Pemikiran kreatif menurut pandangan Islam

Kebanyakan buku yang mengupas tentang kreativiti datang dari Barat dan berpandukan kajian-kajian Barat. Apakah ada konsep kreatif ini dalam Islam. Lama juga saya mencari-cari sumber dari Islam yang mengupas tentang pemikiran kreatif menurut pandangan Islam. Akhirnya teman saya Prof Norita Mohd Norwawi menghadiahkan sebuah buku bertajuk, “Creative Thinking : An Islamic Perspective”, karya Jamal Badin dan Mustafa Tajdin. Buku ini telah diterjemahkan ke Bahasa Indonesia oleh Sdr Munir A. Mu’in, Penerbit Mizan, Indonesia.

Buku setebal 227 halaman itu tak dapat diperturunkan semuanya, namun saya akan cuba memberikan isi-isi penting untuk renungan kita bersama. Mungkin dari masa ke semasa kita akan melihat konsep Islami dalam beberapa aspek kreativiti dan inovasi tertentu agar ianya akan menjadi panduan hidup kita bersama. Tulisan-tulisan kecil ini akan saya perturunkan dalam blog-blog saya dari masa ke semasa menurut kesesuaian masa.

Sambil itu kepada sesiapa yang berminat untuk melihat dari dekat produk-produk Islam yang dipamerkan dalam Pameran Inovasi Produk Islam Tahun 2012, yang ringkasnya disebut i-inova12, akan diadakan pada 20 dan 21 Oktober 2012, bertempat di Stadium Tertutup Nilai, anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Pameran selama dua hari itu akan memperlihatkan produk-produk atau sistem-sistem yang bercirikan Islam sebagai sumbangan penyelidik kepada penambahan pasaran produk atau sistem Islam di pasaran terbuka. Tujuan pameran ialah untuk menyedarkan masyarakat betapa pentingnya produk atau sistem Islam dimajukan demi kebaikan masyarakat Islam keseluruhannya.

Secara tepatnya konsep pemikiran kreatif dalam Islam berpaksikan kepada panduan Allah dalam Al-Quraan yang disampaikan secara indah dan segera mendorong manusia untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Banyak contoh-contoh diberikan dan dipaparkan agar manusia terus berfikir, merenung, melihat, menyaksikan dan membuat perbandingan. Allah SWT mengajak manusia dengan penuh kasih sayang dan kelembutan dalam memikirkan ciptaan Allah dan jangan memikirkan zat Allah kerana manusia tidak akan mampu memikirkan tentang zat Allah.

Betapa pun bersungguh-sungguhnya Nabi Musa ingin melihat dan berbicara dengan Allah, namun Allah memberikan pengajaran kepada Nabi Musa untuk melihat gunung dan apabila Allah memperlihatkan kekuasaanNya, maka gunung yang megah itu cair. Ini memberi pengajaran kepada kita bahwa zat Allah itu tidak menyerupai sesuatu apa pun yang pernah kita lihat, hanya di akhirat nanti kita akan bertemu dan menatap wajah Allah SWT bukan sekarang. Itu pun seandainya kita beriman teguh kepada Kitab Al-Quraan dan Hadith Rasulullah SAW dan mengamalkan Islam sepenuhnya serta bertaqwa.

Buku itu menggariskan konsep tafakkur sebagai langkah awal dalam pemikiran kreatif, diberikan enam syarat kaedah berfikir kreatif dalam Islam, penjelasan Al-Quraan mengenai berbagai gaya berfikir, konsep ijtihad sebagai kekreatifan Muslim, dan membuat sedikit integrasi antara kaedah pemikiran kreatif Islam dan Barat. Ini semua dipaparkan bagi membantu ummat Islam yang inginkan mendalami kaedah berfikir, berinovasi dan berkreatif menurut kehendak Islam semoga dalam masa yang tidak begitu lama kita dapat mengembalikan kegemilangan Islam zaman dahulu ketika lahirnya Al-Khawarizmi, Ibnu Sina, Ibnu Rusyd, Ibnu Al-Haitham, Ibnu Khaldun dan sebagainya. Sejarah kegemilangan keilmuan dalam Islam dapat dibaca dalam banyak literatur kini.

Ilmu terbahagi kepada dua iaitu Ilmu Wahyu yang berada dalam Al-Quraan dan Hadith yang sahih yang sifatnya tepat dan tidak berubah (invarian), kedua ialah Ilmu Ciptaan Manusia berdasarkan fikiran dan akal manusia masing-masing. Sifat Ilmu Ciptaan Manusia ialah berubah (varian) berdasarkan tempat, masa dan suasana. Ilmu ciptaan manusia yang diterbitkan 10 tahun lalu berubah apabila data baru ditemui sekarang, maka sifatnya nisbi (relatif). Kita mesti berpandukan kepada Ilmu Wahyu untuk selamat di dunia dan akhirat.

Elok sekali kalau boleh kita kembali kepada Ilmu Wahyu bermula dari kanak-kanak agar hidup masyarkat kita berpegang kepada panduan yang tepat daripada Allah SWT bukan berdasarkan Ilmu Ciptaan Manusia. Budaya ilmu mesti dipupuk dari sejak kecil dan supaya kanak-kanak menerima ilmu yang benar daripada ayah dan ibu, maka wajib bagi ayah dan ibu belajar terlebih dahulu mengenai Ilmu Wahyu yang bersumberkan Al-Quraan dan Hadith Sahih.

Dalam tulisan-tulisan yang lain saya akan cuba mengupas secara lebih detail mengenai sesuatu kaedah pemikiran kreatif dan inovatif, sekaligus memberikan panduan agar kita dapat menanamkan keinginan untuk menjadi lebih pandai dari kemarin dan esok lebih pandai dari hari ini.

Wallahu a’lam.

Ismail Abdullah, USIM, 9 Ogos 2012.


Kreativiti bermakna tidak ambil mudah

Sukar juga mencari terjemahan tepat bagi “takes things for granted”. Saya ingin menterjemahkan ayat, “creativity means not taking things for granted”, namun apabila sampai kepada frasa, “not taking things for granted” saya agak buntu, lalu saya terjemahkan saja menjadi “kreativiti bermakna tidak ambil mudah” atau “kreativiti bermakna kita peduli”.

Oleh kerana sesuatu itu terjadi maka kita tidak pernah menyoal kenapa itu terjadi, dalam kata lain kita tidak menghiraukan sebab dan akibat sesuatu kejadian itu berlaku. Orang kampung yang terus hidup dalam kemiskinan tidak pernah menyoal kenapa mereka tetap juga miskin dari dulu hingga kini. Orang yang gagal tidak pernah menyoal kenapakah mereka tetap juga gagal dari dulu hingga sekarang. Berbagai soalan boleh diajukan terhadap setiap kejadian.

Sukar juga mencari terjemahan tepat bagi “takes things for granted”. Saya ingin menterjemahkan ayat, “creativity means not taking things for granted”, namun apabila sampai kepada frasa, “not taking things for granted” saya agak buntu, lalu saya terjemahkan saja menjadi “kreativiti bermakna tidak ambil mudah” atau “kreativiti bermakna kita peduli”.

Oleh kerana sesuatu itu terjadi maka kita tidak pernah menyoal kenapa itu terjadi, dalam kata lain kita tidak menghiraukan sebab dan akibat sesuatu kejadian itu berlaku. Orang kampung yang terus hidup dalam kemiskinan tidak pernah menyoal kenapa mereka tetap juga miskin dari dulu hingga kini. Orang yang gagal tidak pernah menyoal kenapakah mereka tetap juga gagal dari dulu hingga sekarang. Berbagai soalan boleh diajukan terhadap setiap kejadian.

Malam tadi selepas solat tarawikh terjadi suatu kemalangan kereta di luar mesjid. Saya nampak kedua-dua kereta bertembung kerana kesan perlanggaran nampak pada bahagian hadapan kedua-dua kereta. Satu kereta remuk bahagian depan dan kereta yang satu lagi pun remuk bahagian depan. Pada analisa saya masing-masing tidak mau mengalah dengan memberi jalan kepada yang lain. Teringat saya kepada cerita lama dua ekor kambing yang bertembung di atas jembatan sempit, dua-duanya tak mahu mengalah. Masing-masing mengatakan itu jalan mereka dan tak mahu mengalah. Akhirnya mereka bergaduh besar dan kedua-dua jatuh ke dalam sungai di bawah. Kedua-dua rugi.

Dalam hal kemalangan kereta tadi, apa salahnya kalau membiarkan dulu pemandu yang lain bergerak dulu dan kita kemudian, tidak ada siapa yang rugi pun tetapi kerana mengikut kebiasaan masing-masing iaitu mau menang saja maka terjadilah kerosakan kepada kereta masing-masing dan permusuhan tentu akan berlaku. Kalau mereka peduli antara satu sama lain, maka sebenarnya mereka melihat suasana itu secara kreatif dan penyelesaian pun dapat dihasilkan secara kreatif juga.

Banyak perkara akan menjadi semakin baik dan senang kalau kita tidak ambil mudah tentang sesuatu kejadian. Contoh yang baik ialah suasana rumah tangga. Secara tradisi kita mengatakan tugas isteri ialah berada di dapur dan masak untuk suami serta anak-anak. Apakah kita tidak terfikir untuk sekali sekala membantu isteri di dapur sambil bermesra dan tidak ambil mudah mengenai hubungan mesra antara suami isteri. Selalunya kita beranggapan isteri selalu sehat dan selalu ceria berada di dapur dan memasak, kita tidak tahu apakah mereka sebenarnya suka kepada tugasan itu. Sesetengah suami tak ambil kisah pun perkara dapur sehingga kadang-kadang timbul kemarahan isteri mengenai perkara ini.

Seorang suami yang prihatin akan selalu berkomunikasi dengan isteri dan menanyakan apakah ada apa-apa masalah dalam menguruskan rumah tangga. Biasanya isteri tidak akan menyatakan apa-apa komen, tetapi sebagai seorang suami yang kreatif kita kena selalu memerhatikan tingkahlaku isteri terutama apabila berlaku perubahan dalam tingkahlaku tertentu. Merajuk misalnya. Mereka mungkin menyatakan sesuatu keinginan melalui cara yang berbeda. Bila suami buat tak tahu saja, maka isteri pun rasa bosan dan mungkin akan berlaku pertengkaran. Di sinilah peranan kreativiti hubungan suami isteri akan memainkan peranan bagi mendamaikan suasana rumah tangga. Jika kita faham macam-macam signal yang diberikan maka akan mudahlah tindakan lanjut diberikan terhadap sesuatu perkara sebelum berlanjutan bermuka masam dan sebagainya. Mungkin saja sudah lama kita tidak membawanya berjalan-jalan dan berpegangan tangan dan bermesra. Maka sudah tiba masanya untuk kita memahami naluri isteri yang inginkan sesuatu. Suami yang berpengalaman akan mengetahui kehendak isteri melalui sesuatu kejadian yang berlaku, namun kita perlu peduli kepada keadaan.

Jadi, jangan ambil mudah mengenai sesuatu perkara kerana apabila kita memandang remeh tentang sesuatu perkara maka malapetaka yang lebih besar akan berlaku. Misalnya sewaktu memandu kita merasakan tayar kereta bergerak ke kanan dan ke kiri. Kita buat tak tahu saja dan menganggap mudah perkara itu. Tiba-tiba tayar kereta tercabut dan terjadi kemalangan dengan kereta lain. Kalau kita peduli dan turun dari kereta dan melihat apa yang berlaku pada tayar, mungkin kemalangan dapat dielakkan.

Seorang kawan yang bekerja sebagai pemandu lori mengeluh mengenai gajinya yang sedikit dan mempunyai anak yang ramai. Gaji yang beliau perolehi tidak dapat menampung keperluan hidupnya. Saya menyarankan kepadanya untuk pulang saja ke kampung dan hidup secara lebih sederhana di sana. Rumah tak perlu sewa kerana ada rumah arwah ibunya. Sayur-sayuran boleh tanam sendiri dan harga getah pun tinggi. Insya Allah hidupnya akan lebih senang. Nasihat saya tidak diperhatikannya kerana beranggapan hidup di kota lebih glamour dan nak balik kampung malu kepada orang kampung.

Kawan saya ini mengambil mudah masa depan anak dan isterinya yang memerlukan tempat berteduh dan berlindung yang kukuh dan terjamin. Hakikatnya untuk hidup sehingga kini beliau telah banyak berhutang, bagaimana beliau akan membayar hutang-hutang itu sedangkan pendapatan bulanan hanya cukup untuk makan dan pakaian ala kadar saja. Apabila keretanya meragam, maka tersadailah kereta itu untuk beberapa lama sehingga mendapat pinjaman baru dari kawan-kawan bersimpati. Lama mana kawan-kawan boleh membantu? Beliau seharusnya tidak mengambil mudah mengenai perkara ini dan mesti mula secara kreatif memikirkan jalan keluar kepada masalah beliau.

Kesimpulannya kita tidak boleh mengambil sikap endah tak endah terhadap hidup dan kehidupan. Mesti selalu peduli kepada masalah kecil sebelum ianya menjadi besar dan tidak terkawal. Segera mencari penyelesaian terhadap masalah walau sekecil mana pun. Hidup dengan mengukur keupayaan diri sendiri, jangan ikut-ikutan orang lain yang hidup mewah dan bergaya. Gunakan pemikiran kreatif anda yang tersimpan begitu lama dan menunggu untuk digunakan bagi memperbaiki diri dan kehidupan.

Ismail Abdullah, Teras Jernang, 8 Ogos 2012. Sukar juga mencari terjemahan tepat bagi “takes things for granted”. Saya ingin menterjemahkan ayat, “creativity means not taking things for granted”, namun apabila sampai kepada frasa, “not taking things for granted” saya agak buntu, lalu saya terjemahkan saja menjadi “kreativiti bermakna tidak ambil mudah” atau “kreativiti bermakna kita peduli”. Oleh kerana sesuatu itu terjadi maka kita tidak pernah menyoal kenapa itu terjadi, dalam kata lain kita tidak menghiraukan sebab dan akibat sesuatu kejadian itu berlaku. Orang kampung yang terus hidup dalam kemiskinan tidak pernah menyoal kenapa mereka tetap juga miskin dari dulu hingga kini. Orang yang gagal tidak pernah menyoal kenapakah mereka tetap juga gagal dari dulu hingga sekarang. Berbagai soalan boleh diajukan terhadap setiap kejadian. Malam tadi selepas solat tarawikh terjadi suatu kemalangan kereta di luar mesjid. Saya nampak kedua-dua kereta bertembung kerana kesan perlanggaran nampak pada bahagian hadapan kedua-dua kereta. Satu kereta remuk bahagian depan dan kereta yang satu lagi pun remuk bahagian depan. Pada analisa saya masing-masing tidak mau mengalah dengan memberi jalan kepada yang lain. Teringat saya kepada cerita lama dua ekor kambing yang bertembung di atas jembatan sempit, dua-duanya tak mahu mengalah. Masing-masing mengatakan itu jalan mereka dan tak mahu mengalah. Akhirnya mereka bergaduh besar dan kedua-dua jatuh ke dalam sungai di bawah. Kedua-dua rugi. Dalam hal kemalangan kereta tadi, apa salahnya kalau membiarkan dulu pemandu yang lain bergerak dulu dan kita kemudian, tidak ada siapa yang rugi pun tetapi kerana mengikut kebiasaan masing-masing iaitu mau menang saja maka terjadilah kerosakan kepada kereta masing-masing dan permusuhan tentu akan berlaku. Kalau mereka peduli antara satu sama lain, maka sebenarnya mereka melihat suasana itu secara kreatif dan penyelesaian pun dapat dihasilkan secara kreatif juga. Banyak perkara akan menjadi semakin baik dan senang kalau kita tidak ambil mudah tentang sesuatu kejadian. Contoh yang baik ialah suasana rumah tangga. Secara tradisi kita mengatakan tugas isteri ialah berada di dapur dan masak untuk suami serta anak-anak. Apakah kita tidak terfikir untuk sekali sekala membantu isteri di dapur sambil bermesra dan tidak ambil mudah mengenai hubungan mesra antara suami isteri. Selalunya kita beranggapan isteri selalu sehat dan selalu ceria berada di dapur dan memasak, kita tidak tahu apakah mereka sebenarnya suka kepada tugasan itu. Sesetengah suami tak ambil kisah pun perkara dapur sehingga kadang-kadang timbul kemarahan isteri mengenai perkara ini. Seorang suami yang prihatin akan selalu berkomunikasi dengan isteri dan menanyakan apakah ada apa-apa masalah dalam menguruskan rumah tangga. Biasanya isteri tidak akan menyatakan apa-apa komen, tetapi sebagai seorang suami yang kreatif kita kena selalu memerhatikan tingkahlaku isteri terutama apabila berlaku perubahan dalam tingkahlaku tertentu. Merajuk misalnya. Mereka mungkin menyatakan sesuatu keinginan melalui cara yang berbeda. Bila suami buat tak tahu saja, maka isteri pun rasa bosan dan mungkin akan berlaku pertengkaran. Di sinilah peranan kreativiti hubungan suami isteri akan memainkan peranan bagi mendamaikan suasana rumah tangga. Jika kita faham macam-macam signal yang diberikan maka akan mudahlah tindakan lanjut diberikan terhadap sesuatu perkara sebelum berlanjutan bermuka masam dan sebagainya. Mungkin saja sudah lama kita tidak membawanya berjalan-jalan dan berpegangan tangan dan bermesra. Maka sudah tiba masanya untuk kita memahami naluri isteri yang inginkan sesuatu. Suami yang berpengalaman akan mengetahui kehendak isteri melalui sesuatu kejadian yang berlaku, namun kita perlu peduli kepada keadaan. Jadi, jangan ambil mudah mengenai sesuatu perkara kerana apabila kita memandang remeh tentang sesuatu perkara maka malapetaka yang lebih besar akan berlaku. Misalnya sewaktu memandu kita merasakan tayar kereta bergerak ke kanan dan ke kiri. Kita buat tak tahu saja dan menganggap mudah perkara itu. Tiba-tiba tayar kereta tercabut dan terjadi kemalangan dengan kereta lain. Kalau kita peduli dan turun dari kereta dan melihat apa yang berlaku pada tayar, mungkin kemalangan dapat dielakkan. Seorang kawan yang bekerja sebagai pemandu lori mengeluh mengenai gajinya yang sedikit dan mempunyai anak yang ramai. Gaji yang beliau perolehi tidak dapat menampung keperluan hidupnya. Saya menyarankan kepadanya untuk pulang saja ke kampung dan hidup secara lebih sederhana di sana. Rumah tak perlu sewa kerana ada rumah arwah ibunya. Sayur-sayuran boleh tanam sendiri dan harga getah pun tinggi. Insya Allah hidupnya akan lebih senang. Nasihat saya tidak diperhatikannya kerana beranggapan hidup di kota lebih glamour dan nak balik kampung malu kepada orang kampung. Kawan saya ini mengambil mudah masa depan anak dan isterinya yang memerlukan tempat berteduh dan berlindung yang kukuh dan terjamin. Hakikatnya untuk hidup sehingga kini beliau telah banyak berhutang, bagaimana beliau akan membayar hutang-hutang itu sedangkan pendapatan bulanan hanya cukup untuk makan dan pakaian ala kadar saja. Apabila keretanya meragam, maka tersadailah kereta itu untuk beberapa lama sehingga mendapat pinjaman baru dari kawan-kawan bersimpati. Lama mana kawan-kawan boleh membantu? Beliau seharusnya tidak mengambil mudah mengenai perkara ini dan mesti mula secara kreatif memikirkan jalan keluar kepada masalah beliau. Kesimpulannya kita tidak boleh mengambil sikap endah tak endah terhadap hidup dan kehidupan. Mesti selalu peduli kepada masalah kecil sebelum ianya menjadi besar dan tidak terkawal. Segera mencari penyelesaian terhadap masalah walau sekecil mana pun. Hidup dengan mengukur keupayaan diri sendiri, jangan ikut-ikutan orang lain yang hidup mewah dan bergaya. Gunakan pemikiran kreatif anda yang tersimpan begitu lama dan menunggu untuk digunakan bagi memperbaiki diri dan kehidupan. Ismail Abdullah, Teras Jernang, 8 Ogos 2012. Malam tadi selepas solat tarawikh terjadi suatu kemalangan kereta di luar mesjid. Saya nampak kedua-dua kereta bertembung kerana kesan perlanggaran nampak pada bahagian hadapan kedua-dua kereta. Satu kereta remuk bahagian depan dan kereta yang satu lagi pun remuk bahagian depan. Pada analisa saya masing-masing tidak mau mengalah dengan memberi jalan kepada yang lain. Teringat saya kepada cerita lama dua ekor kambing yang bertembung di atas jembatan sempit, dua-duanya tak mahu mengalah. Masing-masing mengatakan itu jalan mereka dan tak mahu mengalah. Akhirnya mereka bergaduh besar dan kedua-dua jatuh ke dalam sungai di bawah. Kedua-dua rugi. Dalam hal kemalangan kereta tadi, apa salahnya kalau membiarkan dulu pemandu yang lain bergerak dulu dan kita kemudian, tidak ada siapa yang rugi pun tetapi kerana mengikut kebiasaan masing-masing iaitu mau menang saja maka terjadilah kerosakan kepada kereta masing-masing dan permusuhan tentu akan berlaku. Kalau mereka peduli antara satu sama lain, maka sebenarnya mereka melihat suasana itu secara kreatif dan penyelesaian pun dapat dihasilkan secara kreatif juga. Banyak perkara akan menjadi semakin baik dan senang kalau kita tidak ambil mudah tentang sesuatu kejadian. Contoh yang baik ialah suasana rumah tangga. Secara tradisi kita mengatakan tugas isteri ialah berada di dapur dan masak untuk suami serta anak-anak. Apakah kita tidak terfikir untuk sekali sekala membantu isteri di dapur sambil bermesra dan tidak ambil mudah mengenai hubungan mesra antara suami isteri. Selalunya kita beranggapan isteri selalu sehat dan selalu ceria berada di dapur dan memasak, kita tidak tahu apakah mereka sebenarnya suka kepada tugasan itu. Sesetengah suami tak ambil kisah pun perkara dapur sehingga kadang-kadang timbul kemarahan isteri mengenai perkara ini. Seorang suami yang prihatin akan selalu berkomunikasi dengan isteri dan menanyakan apakah ada apa-apa masalah dalam menguruskan rumah tangga. Biasanya isteri tidak akan menyatakan apa-apa komen, tetapi sebagai seorang suami yang kreatif kita kena selalu memerhatikan tingkahlaku isteri terutama apabila berlaku perubahan dalam tingkahlaku tertentu. Merajuk misalnya. Mereka mungkin menyatakan sesuatu keinginan melalui cara yang berbeda. Bila suami buat tak tahu saja, maka isteri pun rasa bosan dan mungkin akan berlaku pertengkaran. Di sinilah peranan kreativiti hubungan suami isteri akan memainkan peranan bagi mendamaikan suasana rumah tangga. Jika kita faham macam-macam signal yang diberikan maka akan mudahlah tindakan lanjut diberikan terhadap sesuatu perkara sebelum berlanjutan bermuka masam dan sebagainya. Mungkin saja sudah lama kita tidak membawanya berjalan-jalan dan berpegangan tangan dan bermesra. Maka sudah tiba masanya untuk kita memahami naluri isteri yang inginkan sesuatu. Suami yang berpengalaman akan mengetahui kehendak isteri melalui sesuatu kejadian yang berlaku, namun kita perlu peduli kepada keadaan. Jadi, jangan ambil mudah mengenai sesuatu perkara kerana apabila kita memandang remeh tentang sesuatu perkara maka malapetaka yang lebih besar akan berlaku. Misalnya sewaktu memandu kita merasakan tayar kereta bergerak ke kanan dan ke kiri. Kita buat tak tahu saja dan menganggap mudah perkara itu. Tiba-tiba tayar kereta tercabut dan terjadi kemalangan dengan kereta lain. Kalau kita peduli dan turun dari kereta dan melihat apa yang berlaku pada tayar, mungkin kemalangan dapat dielakkan. Seorang kawan yang bekerja sebagai pemandu lori mengeluh mengenai gajinya yang sedikit dan mempunyai anak yang ramai. Gaji yang beliau perolehi tidak dapat menampung keperluan hidupnya. Saya menyarankan kepadanya untuk pulang saja ke kampung dan hidup secara lebih sederhana di sana. Rumah tak perlu sewa kerana ada rumah arwah ibunya. Sayur-sayuran boleh tanam sendiri dan harga getah pun tinggi. Insya Allah hidupnya akan lebih senang. Nasihat saya tidak diperhatikannya kerana beranggapan hidup di kota lebih glamour dan nak balik kampung malu kepada orang kampung. Kawan saya ini mengambil mudah masa depan anak dan isterinya yang memerlukan tempat berteduh dan berlindung yang kukuh dan terjamin. Hakikatnya untuk hidup sehingga kini beliau telah banyak berhutang, bagaimana beliau akan membayar hutang-hutang itu sedangkan pendapatan bulanan hanya cukup untuk makan dan pakaian ala kadar saja. Apabila keretanya meragam, maka tersadailah kereta itu untuk beberapa lama sehingga mendapat pinjaman baru dari kawan-kawan bersimpati. Lama mana kawan-kawan boleh membantu? Beliau seharusnya tidak mengambil mudah mengenai perkara ini dan mesti mula secara kreatif memikirkan jalan keluar kepada masalah beliau. Kesimpulannya kita tidak boleh mengambil sikap endah tak endah terhadap hidup dan kehidupan. Mesti selalu peduli kepada masalah kecil sebelum ianya menjadi besar dan tidak terkawal. Segera mencari penyelesaian terhadap masalah walau sekecil mana pun. Hidup dengan mengukur keupayaan diri sendiri, jangan ikut-ikutan orang lain yang hidup mewah dan bergaya. Gunakan pemikiran kreatif anda yang tersimpan begitu lama dan menunggu untuk digunakan bagi memperbaiki diri dan kehidupan. Ismail Abdullah, Teras Jernang, 8 Ogos 2012.


Tujuh teknik berfikir kreatif

Manusia kreatif boleh bergaul dengan siapa saja dan selalunya mereka bersikap positif. Seolah-olah tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Semuanya berjalan baik dalam kehidupannya.

Apakah teknik untuk berfikir kreatif? Berikut kita bincang tujuh teknik berfikir kreatif sebagai panduan kita bersama.

1. Cabar anggapan (asumsi) kita

Setiap manusia mempunyai anggapan yang mereka bina sejak bertahun-tahun melalui pengalaman yang dikumpul. Anggapan itu boleh secara jelas atau terselindung. Kita sedar mengenai anggapan yang jelas (explicit) , tetapi kita selalu mengambil mudah anggapan yang terselindung (implicit).

Contohnya, setiap hari kita melalui sebuah jembatan dan kita beranggapan jembatan itu tak akan runtuh sebab tiap hari kita melaluinya dan tiada keruntuhan berlaku. Setiap hari ketika bangun pagi kita dapat bernafas, kita tidak pernah fikir pun bahwa satu hari kita bangun dan tak dapat bernafas kerana setiap hari kita bangun dan kita boleh bernafas. Itu dua contoh tanggapan yang jelas dan boleh kita lihat. Banyak lagi contoh-contoh lain yang kita benar-benar percaya melalui tanggapan harian kita.

Anggapan yang terselindung pula ialah suatu anggapan yang banyak kesamarannya dan memerlukan pertanyaan baru untuk menjelaskannya. Contohnya kita anggap semua buah jatuh ke bawah, tetapi kejatuhan buah apple membuat Newton berfikir kenapa buah appel jatuh ke bawah dan akhirnya beliau menemui Teori Grativiti yang sangat terkenal itu.

2. Bekerja terbalik

Teknik ini selalu muncul apabila kita kehilangan sesuatu misalnya kita kehilangan kunci kereta atau tersalah letak dan tidak dapat ditemui ketika diperlukan. Kita akan cuba ingat balik dari mula kita memasuki rumah sehinggalah kita ingat di mana kita letak kunci itu.

Saya sering menggunakan teknik ini untuk menyelesaikan masalah matematik kerana dalam buku matematik sudah ada jawapan di belakang buku, jadi kita mula dengan jawapan dan akan mendapatkan jalan kerja menyelesaikan matematik. Apabila menulis jawapan nanti kita tulis dari mula hingga akhir.

Istilah terkini teknik ini ialah “reengineering” iaitu kita kaji sesuatu produk atau sistem dengan memecahkan sesuatu itu kepada komponennya dan mengkaji setiap komponen secara berasingan, kemudian membuat pembaharuan terhadap komponen berkaitan dan apabila kita gabungkan semula kita akan memperolehi sesuatu yang baru.

Kemajuan negara Jepun, Korea dan Cina banyak bergantung kepada kaedah ini dalam menghasilkan produk tiruan tetapi menambah atau mengurangkan komponen pada produk asal. Ini juga kaedah inovasi yang sebahagiannya digunakan dalam Teknik TRIZ.

3. Perhatikan yang janggal

Dalam sesuatu pemerhatian, kita selalu memperhatikan sesuatu yang biasa saja tanpa memperhatikan perkara-perkara yang luar biasa. Contohnya apabila kita memandang ke langit, kita akan membayangkan kapal terbang, burung, angin dan sebagainya yang boleh terbang. Tetapi jarang sekali kita membayangkan manusia terbang dan kereta terbang, kerana perkara ini di luar daripada set minda kita mengenai benda yang boleh terbang pada masa ini. Kereta terbang sedang dalam penyelidikan dan manusia terbang pun sedang dalam kajian dan belum sempurna lagi.

Pada masa kini sangat terkenal dengan konsep berfikir di luar kotak (thinking out of the box) yang dikemukakan oleh Edward De Bono. Jika kita amalkan teknik kita akan memperolehi banyak idea-idea baru mengenai sesuatu perkara.

4. Membuat ramalan

Dalam teknik membuat ramalan ini, kita boleh menggunakan model linear atau model non-linear. Contohnya jika pada tahun 2012 berat kita ialah 65 kilogram (kg) dan kita tahu setiap tahun berat kita naik 5 kg, maka dalam masa sepuluh tahun lagi berat kita akan menjadi 115 kg dengan syarat kenaikan berat tahunan ialah tetap 5 kg. Namun kenaikan berat badan kita bukan berbentuk linear kerana kadang-kadang kita insaf dan mengurangkan makan dan melebihi senaman jadi kenaikan berat badan menjadi berkurangan.

Teknik ini juga memberikan kita peluang untuk menyatakan suatu anggapan tertentu. Contohnya andaikan bumi ini rata bukan bulat, apa yang akan berlaku? Jadi fikiran kita akan tertumpu kepada ramalan itu dan idea-idea dijanakan bagi memikirkan perkara itu. Teknik ini selalu digunakan oleh guru-guru dalam memberikan tugasan essei kepada pelajar-pelajar mereka. Misalnya guru akan memberikan tajuk, “Andaikan Malaysia dibanjiri dengan ramai penduduk luar, apa yang akan terjadi dalam masa dua puluh (20) tahun yang akan datang kepada sosio-ekonomi Malaysia? Hurai dan bincangkan secara luas perkara ini”.

5. Penolakan dan penterbalikan

Teknik ini memberi peluang kepada kita untuk mengurangkan sesuatu daripada sesuatu produk atau sistem tetapi sistem itu masih boleh berfungsi dengan baik. Contohnya, pada masa dulu kita mempunyai kereta kuda yang digunakan untuk transportasi. Tetapi akhirnya kita membuang kuda dan menggantikan dengan engin maka lahirlah konsep kereta, lori dan sebagainya. Konsep ini ada dalam TRIZ yang kita namakan sebagai proses “trimming” iaitu dengan membuang satu atau lebih komponen dalam sesuatu sistem tanpa menjejaskan fungsi utama sistem itu. Misalnya dalam produk berus gigi. Pada berus gigi ada dua komponen iaitu pemegang dan berus. Kita boleh buang pemegang, jadi tinggal satu komponen saja iaitu berus. Berus boleh dilekatkan pada satu glove jari dan menggunakan jari yang dimasukkan dalam glove itu untuk memberus gigi.

Ramai yang masih ingat cerita tentang seekor gagak yang kehausan. Apabila gagak itu menemui air yang berada dalam botol tinggi dan paruhnya tidak boleh masuk ke dalam botol untuk menyedut air tersebut maka dia berfikir cara mendapatkan air tersebut. Akhirnya gagak menggunakan batu-batu kecil yang dimasukkan ke dalam botol tersebut sehingga paras air naik dan dia dapat memasukkan paruhnya untuk meminum air tersebut dan menghilangkan kehausannya.

Kaedah terbalik selalu juga digunakan dalam perniagaan. Misalnya kalau dulu restoran menghidangkan makanan untuk pengunjung, tetapi kini banyak restoran menggunakan kaedah layan diri dan sekaligus mengurangkan kos tenaga pekerja dan memperbanyakkan menu. Banyak restoran makanan segera menggunakan kaedah layan diri dan ternyata kaedah ini sangat popular.

Kalau dulu seorang guru menggunakan kaedah otokratik dalam membuat penilaian terhadap murid mereka tetapi kini anak murid pula menilai guru dalam pengajaran mereka. Zaman kian berubah dan kini kritik mengkritik berlaku dengan berleluasa baik secara langsung atau melalui media elektronik seperti fesbuk dan twitter. Sikap manusia pun perlu berubah sesuai dengan perubahan zaman.

Simpulan bahasa “mati katak” bukan bermakna katak yang mati dilanggar kereta, tetapi kini dikiaskan kepada manusia yang tidak berubah walau pun teknologi sekitarnya berubah. Mereka yang tiada fesbuk, akaun emel dan telefon bimbit pada masa kini akan “mati katak” apabila zaman terus berubah dengan teknologi baru, manakala mereka tidak ikut berubah. Lama kelamaan mereka ini tidak boleh bergerak ke mana-mana dan akan ketinggalan zaman. Akhirnya mereka akan disifatkan sebagai “mati katak”.

6. Lihat sesuatu yang menghairankan

Kadang-kadang kita melihat sesuatu dengan penuh kehairanan. Sampai sekarang pun saya sendiri masih melihat dengan kehairanan bagaimana sebuah kapal terbang yang begitu berat boleh terbang. Hairan melihat bagaimana sebuah kapal laut yang begitu besar seperti kapal titanic boleh terapung di laut dan berbagai-bagai lagi kehairanan.

Apabila kita hairan tentang sesuatu kita akan terus berfikir dan mencabar diri kita untuk membongkar rahsia tentang sesuatu perkara atau kejadian. Lihat saja kanak-kanak yang terpegun dengan permainan mereka, melekat pada layar komputer dalam masa yang lama dan begitu konsentrasi, semua itu kerana mereka sedang mencari jawapan kepada kehairanan mereka.

Inilah salah satu teknik bagaimana kita melahirkan pemikiran kreatif, terutama dalam kita mencari ilmu mengenai sesuatu yang menghairankan kita. Kita akan membuat semakan di buku dan di internet sehingga sesuatu persoalan itu terjawab dan kalau tak puas hati kita akan terus mencari dan mencari. Dalam akademik proses itu dinamakan penyelidikan.

7. Berada pada posisi orang lain.

Teknik ketujuh ini memerlukan kita untuk bertindak seolah-olah kita menjadi orang yang memerlukan sesuatu produk atau sistem. Kita akan cuba melihat daripada perspektif pengguna. Contohnya jika seseorang yang berkerusi roda, apakah keperluannya. Kita boleh membayangkan kita berada atas kerusi roda tersebut dan ingin mengambil sesuatu dan tiada siapa yang dapat membantu, jadi apakah produk atau sistem yang dapat membantu seseorang yang berada dalam keadaan demikian.

Pertukaran “role play” ini sangat penting dalam kita berfikir terutama bagi peniaga, pembuat barangan pengguna dan pencipta produk. Mereka akan dapat mencipta sesuatu produk atau sistem yang baik apabila mereka bertindak dengan mengandaikan diri mereka berada pada posisi orang yang memerlukan sesuatu produk atau sistem.

Melalui cara ini kita akan dapat menghasilkan barangan kreatif yang akhirnya akan dapat membantu pengguna memenuhi keperluan mereka dan membuat hidup ini lebih bermakna kepada orang lain.

Kesimpulan

Hidup ini memerlukan pemikiran kreatif untuk dapat bertahan lama, terutama dalam menghadapi cabaran hidup yang berubah-ubah. Hanya mereka yang berfikiran kreatif yang akan dapat menukar persekitaran hidup mereka menjadi sesuatu yang berguna. Mari kita amalkan pemikiran kreatif dalam hidup dengan menggunakan ketujuh-tujuh teknik yang disebut di atas.

Ismail Abdullah, USIM, 8 Ogos 2012.


Saturday 16 June 2012

Tiga puluh tips menjadi manusia kreatif


Kreativiti sangat penting dalam kehidupan manusia supaya menjadi lebih berjaya dan dapat mengembangkan ketrampilan, pengetahuan serta memperkaya makna hidup dengan pelbagai keadaan yang indah. Dalam artikel pendek ini kita lihat tiga puluh (30) tips menjadi manusia kreatif.
  1. Percaya diri dan percaya bahwa kita tidak sempurna, hanya Allah SWT sahaja yang sempurna, semua makhluk tidak sempurna.
  2. Percaya bahwa semua kekurangan dapat ditutup melalui tindakan kreatif kita dengan usaha keras, latihan dan ketahanan.
  3. Yakin sepenuhnya bahwa kejayaan berasal dari Allah SWT, yakin bahwa setiap kejayaan mempunyai waktu masing-masing, oleh itu kita perlu berusaha, berlatih dan bersabar sehingga waktu kejayaan itu tiba.
  4. Yakinlah bahwa kegagalan dalam usaha pertama bukanlah gagal selamanya. Sebenarnya kegagalan ialah kejayaan yang tertangguh.
  5. Tetap yakin jangan goyah walau pun mendapat kritikan dan kecaman pada idea pertama, jangan menjadikan kritikan itu penghalang langkah anda seterusnya.
  6. Yakinlah bahwa pemikiran kreatif boleh dipelajari, dan ketrampilan dapat dikembangkan dengan latihan dan kesabaran.
  7. Yakinkan diri bahwa berimaginasi itu berada pada kedudukan yang sama penting dengan befikir ilmiah dan realiti.
  8. Yakinlah bahwa kita dapat meningkatkan kapasiti memori kita melalui latihan.
  9. Yakinlah dengan memasuki inti kepada masalah dan memperolehi kesamaran tentang sesuatu masalah akan dapat memberikan dimensi baru bagi manusia.
  10. Yakinlah bahwa setiap masalah mempunyai lebih dari satu penyelesaian alternatif dan mempunyai lebih daripada satu pertanyaan kepada masalah itu.
  11. Yakinlah bahwa setiap manusia memiliki kemampuan yang cukup yang dapat digali dengan belajar, berlatih dan fokus.
  12. Jangan terlalu yakin dengan perkara-perkara yang tidak pasti. Lakukan penyelidikan lanjut bagi mendapatkan fakta yang jelas.
  13. Yakin dengan betapa pentingnya pemahaman terhadap sesuatu masalah.
  14. Percayalah bahwa tindak balas perasaan kita perlu dilatih secara bertahap-tahap. Kepekaan itu tidak lahir secara tiba-tiba dan serentak tanpa sebarang persiapan.
  15. Yakinlah bahwa alasan ketika gagal akibat ketiadaan waktu dan sibuk bukanlah alasan yang cukup kuat.
  16. Jika kita mempunyai masa lapang, maka berfikirlah untuk melakukan sesuatu aktiviti yang dapat mengisi masa kita itu.
  17. Sediakan satu buku kecil khas untuk menulis pelbagai idea dan mencatit setiap idea kreatif yang terlintas dalam fikiran, bawa buku kecil ini setiap masa dalam saku kita.
  18. Berusahalah agar setiap pekerjaan yang kita lakukan mempunyai unsur kekreatifan.
  19. Selalulah bercita-cita, berharap dan berdoa mendapat kejayaan.
  20. Kita perlu yakin bahwa kita mempunyai pemikiran yang istimewa yang dianugerah Allah kepada kita, dan berfikir secara mendalam ialah sesuatu yang sukar namun kemahiran itu tidak mustahil dicapai.
  21. Kita perlu yakin bahwa membina kemahiran berfikir kreatif dapat dilakukan dengan cara belajar dan berlatih.
  22. Yakinlah bahwa kita perlu memulakan sesuatu dari diri sendiri dan jangan menunggu orang lain memulakan gerakan terlebih dahulu. Gerakan dan tindakan yang lambat menghalang berfikir kreatif.
  23. Yakin bahwa kita boleh merubah pola berfikir kita ke arah kreativiti dan positif selagi kita mahu berbuat demikian.
  24. Yakinlah bahwa kemampuan otak boleh dikembangkan seperti juga otot tubuh manusia boleh dikembangkan.
  25. Kita dapat menambahbaik sesuatu sistem yang telah ada dengan tambahan baru dan bermakna tanpa terlalu merubah bentuk dan komponen sistem asal (kaedah TRIZ dapat melakukan ini), perkara ini sukar dilakukan oleh manusia biasa.
  26. Yakinlah bahwa tabiat suka mentelaah, memerhati dan mengkaji secara saksama bukan memperlihatkan rasa gelisah tetapi memang merupakan ciri manusia kreatif.
  27. Yakinlah bahwa kita tidak dapat membuat semua orang menyukai kita kerana kepelbagaian sifat dan ciri manusia.
  28. Yakinlah kreativiti diberikan kepada semua orang dan tidak terhad kepada sesuatu kelompok saja. Kemahiran itu tidak lahir begitu saja, namun muncul dengan cara belajar dan terus berlatih.
  29. Berimaginasi atau berangan-angan serta meramal sesuatu dengan fakta saintifik dan kemampuan diri (sixth sense) dapat menambah dimensi baru kepada manusia.
  30. Selalu mengemukakan idea baru, tidak kaku dan selalu percaya bahwa selalu ada yang lebih baik yang pernah kita lakukan atau orang lain lakukan.
Atas segala-galanya di atas kita mestilah selalu berhubungan dengan Allah SWT melalui solat wajib, tahajjud, solat duha dan sebagainya. Juga perlu sangat memperbaiki hubungan sesama manusia, jangan sombong dan bangga diri kerana semua itu hanya Allah SWT sahaja yang berhak memilikinya.

Ismail Abdullah, Teras Jernang, 17 Jun 2012.

Friday 15 June 2012

Sifat Sosial Manusia Kreatif


Dalam tulisan kecil ini saya ingin menyorot sifat sosial manusia kreatif dan mungkin menggunakan ciri-ciri ini sebagai usaha mengesan manusia kreatif Malaysia yang dapat memajukan Malaysia ke tahap lebih maju.
  1. Manusia kreatif mempunyai keistimewaan dalam memimpin orang lain. Mereka ada cara tersendiri.
  2. Manusia kreatif memiliki kemampuan untuk mengatur perdebatan dan rundingan mengenai permasalahan hidup dan sosial.
  3. Manusia kreatif selalu sabar dan tabah terutama apabila gagal mewujudkan keinginan mereka. Mereka tidak pernah putus asa atau patah semangat. Perkataan putus asa dan patah semangat sudah lama dibuang daripada kamus hidup mereka.
  4. Manusia kreatif mempunyai disiplin hingga mempunyai cara tersendiri berbanding orang lain.
  5. Manusia kreatif berasa sangat suka dan gembira apabila dapat melakukan pekerjaan yang memberi kesempatan padanya untuk berinovasi.
  6. Manusia kreatif menyayangi orang lain dan mahu bekerjasama dengan mereka.
  7. Manusia kreatif memiliki sifat amanah, berani dan sopan.
  8. Manusia kreatif mempunyai motivasi untuk mendapat kejayaan dan menjadi orang yang istimewa.
  9. Manusia kreatif adalah orang yang peka dan memiliki sifat suka bergurau.
  10. Manusia kreatif selalu terbuka terhadap pengalaman orang lain dan pengalaman yang diperolehi daripada lingkungan luar.
  11. Manusia kreatif selalu mempunyai kemampuan untuk mempengaruhi orang lain.
Itu adalah sebahagian daripada ciri-ciri sosial manusia kreatif yang boleh kita perhatikan berlaku di persekitaran kita.

Ismail Abdullah, Teras Jernang, 16 Jun 2012

Thursday 23 February 2012

Cara berfikir orang-orang yang berjaya

Berfikir ialah pelita hidup. Cahaya fikir itu bukan saja menembusi alam nyata, tapi juga alam maya. Malah cahaya fikir itu akan membawa kebahagiaan dunia dan akhirat. Orang yang berfikir sebelum bertindak membawa banyak keuntungan material dan juga spiritual.

Buku karya John C. Maxwell (2011), “How Successful People Think” (terjemahan Bahasa Melayu), PTS Professional Publishing Sdn Bhd, setebal 100 halaman telah memberi saya inpirasi untuk menulis artikel ini. Ini kerana keupayaan Malaysia menjadi Negara Maju menjelang tahun 2020 bukan hanya berasaskan pembangunan fizikal, tetapi yang sangat penting ialah pembangunan insaniah rakyat Malaysia. Jika tidak segala apa yang dibangun akan hancur berkecai oleh tangan-tangan manusia yang sifat insaniahnya kerdil.

Beliau telah menggariskan persoalan-persoalan seperti berfikir secara “big picture”, fokus, kreatif, realistik, strategik, “possibility thinking”, reflektif atau introspeksi diri, mempersoalkan pemikiran popular, “shared thinking”, mengamalkan “unselfish thinking”, bergantung harap pada “bottom-line thinking”.

Pemikir yang berjaya melihat secara “big picture”, iaitu melihat sesuatu secara menyeluruh agar semua aspek, biar pun kecil mesti diambil perhatian. Ini akan memberikan suatu keadilan kepada persoalan yang difikirkan. Biasanya pemikir akan menyatakan ideanya melalui carter besar seperti kaedah “mind mapping” untuk menggambarkan idea keseluruhan.

Orang yang berjaya juga menggunakan “possibility thinking”, iaitu dengan melihat seluruh kemungkinan yang ada yang mungkin berlaku, beliau menilai segala risiko yang timbul akibat daripada sesuatu perbuatan atau tindakan dan berfikir secara mendalam bagaimana setiap kemungkinan itu akan memberi impak kepada keseluruhan fikiran atau tindakan.

Dalam persoalan “shared thinking”, orang yang sukses tidak kedekut berkongsi idea kerana berfikir secara berkumpulan jauh lebih baik daripada berfikir bersendirian dan mereka tidak takut sama sekali idea mereka dicuri orang kerana mereka berupaya memikirkan idea baru. Juga kebaikan berfikiran kongsi ini ialah berupaya menguji apakah pemikiran itu boleh diterima oleh orang lain atau tidak, sekaligus sebagai medan ujian kepada pemikiran kita.

Hampir sama dengan cara berfikir di atas ialah “unselfish thinking”, iaitu pemikiran yang tidak mementingkan diri sendiri namun berusaha juga membantu yang lain dengan memberi idea kepada pemikiran mereka. Biasanya orang yang berjaya akan bersama dengan orang yang berjaya, samalah dengan orang gagal akan bersama dengan orang-orang yang gagal. Pepatah inggeris mengatakan bahwa, “birds with the same feathers will flock with the birds with the same feathers”.

Akhirnya orang-orang yang berjaya, berfikir secara “bottom-line thinking”, sebab mereka telah meletakkan sasaran minimum. “Bottom-line” bagi sebuah bisnes ialah untung dan rugi, sama juga dalam pengajaran “bottom-line” ialah kefahaman pelajar. Jika “bottom-line” tidak dicapai bermakna kita gagal. Itu keperluan yang sangat asas dalam sesuatu tindakan atau pemikiran.

Gabungan daripada semua jenis pemikiran-pemikiran di atas menjadikan seseorang itu berjaya dalam hidupnya, dalam kerjayanya dan dalam segala apa misi yang ingin dicapai. Pada asasnya setiap kita mesti berani berfikir, kerana jika untuk berfikir pun kita takut apalagi untuk bertindak kerana berfikir tidak memerlukan wang atau biaya. Hanya dengan melayangkan fungsi otak kita kepada sesuatu perkara dan menggunakan daya yang ada dalam otak itu untuk menyelesaikan sesuatu bermakna kita berfikir. Namun sejauh mana kita berupaya menggunakan fikiran kita secara maksimum bagi mencapai tujuan tertentu akan bergantung kepada ilmu yang kita ada.

Marilah kita membangun manusia seutuhnya daripada terus membangun infrastruktur tanpa memikirkan siapakah yang akan memakmurkan segalanya itu. Jika semuanya berada pada orang yang tidak kompeten untuk berfikir dengan baik maka kehancuran yang akan kita hadapi.

Janganlah kita menjadi seperti layang-layang, yang hidupnya bergantung kepada angin yang bertiup, tetapi jadilah seperti batu karang yang tetap utuh di tempat walau pun dirempuh ombak ganas yang datang bertalu-talu.

Sama-samalah kita berfikir.

Ismail Abdullah, Teras Jernang, 24 Feb 2012.

Sunday 15 January 2012

Kecerdasan berganda (Multiple Intelligence)

Setelah kehidupan dunia berkembang begitu pesat dan menjurus kepada kepelbagaian bidang, ruang lingkup untuk mencari rezeki, keselesaan dan kebahagian akan menjadi semakin kecil. Ini membuat manusia kepada satu keperluan yang penting iaitu memiliki kecerdasan berganda bagi menghadapi situasi yang semakin kompleks pada masa akan datang. Samalah juga kini, satu pendapatan sudah tidak mencukupi sehingga kini didesak untuk mencari pendapatan berganda. Melalui kecerdasan berganda adalah diharapkan agar dunia ini akan menjadi lebih baik untuk kehidupan.

Menurut Howard Gardner, kecerdasan berganda terdiri dari lapan (8) jenis iaitu:
1. Kecerdasan dalam berkata-kata dan bahasa.
2. Kecerdasan logika matematika
3. Kecerdasan visual dan berdimensi lebih dari dua.
4. Kecerdasan kinestetik jasmani.
5. Kecerdasan musical.
6. Kecerdasan interpersonal.
7. Kecerdasan intrapersonal.
8. Kecerdasan naturalis.

Kecerdasan dalam berkata-kata dan bahasa: kemampuan untuk menggunakan kata-kata atau bahasa dalam berkomunikasi dalam kehidupan seharian. Kecerdasan membaca, berbicara, mendengar dan memahami symbol-simbol di jalan raya dan sebagainya.
Kecerdasan logika matematika: bijak mengolah angka, menterjemah daripada angka kepada maksud disebaliknya. Logika digunakan secar mendalam dan sepenuhnya. Kepintaran menghasilkan hipotesis dan menguji dengan data eksperimen.

Kecerdasan visual dan berdimensi lebih dari dua: melihat gambaran dalam minda dengan jelas, buka saja dalam dua dimensi tetapi juga dalam tiga atau lebih dimensi.

Kecerdasan kinestetik jasmani: kecerdasan mengkoordinasikan pergerakan seluruh badan untuk mencapai sesuatu, terdapat pada ahli sukan yang hebat. Juga kemampuan untuk memanfaatkan tubuh fizikal dalam mencapai sesuatu.

Kecerdasan musical: kepintaran menyanyi, mengingat lirik, peka terhadap irama dan berupaya menikmati music.

Kecerdasan interpersonal: dapat bekerjasama dengan manusia lain dengan sempurna dan bekerjasama dalam mencapai tujuan kumpulan atau kendiri.

Kecerdasan intrapersonal: berupaya memahami diri sendiri dan insaf dengan segala kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri dan berusaha untuk meningkatkan kemahiran ini dari masa ke semasa.

Kecerdasan naturalis: peka terhadap alam persekitaran dan berupaya memanfaatkan alam sekeliling untuk kebaikan diri atau masyarakat.

Kecerdasan-kecerdasan yang dinyatakan sebahagiannya dimiliki oleh manusia dan oleh kerana terbatasan manusia jarang sekali ada manusia yang memiliki semuanya. Cukup dengan memiliki beberapa kecerdasan yang bersesuaian hidup manusia akan lebih berjaya dan bermanfaat kepada manusia lain.

Rujukan: Ariany Syurfah (2009), "Multiple Intelligences for Islamic Teaching", Sygma Publishing, Bandung, Indonesia.

Ismail Abdullah, Teras Jernang, 16 Januari 2012.